Want your
own Fotopage?






 
wina's FotoPage
busana murah dari indonesia
By: ibu wina

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Saturday, 26-Jul-2014 03:53 Email | Share | | Bookmark
Welcome




Update 26 June 2008
Berikutan masih ada segelintir customer yang masih tidak mahu membayar atau bertanggungjawab atas charge Western Union (RM10) maka dengan ini saya akan masukkan charge tersebut di dalam quote harga atau jumlah yang harus saya terima mulai dari tanggal 26 June 2008. Sekali lagi saya tekankan disini dan memang sejak dari dulu lagi, charge Western Union adalah tanggungjawab pembeli. Sekiranya saya yang menanggung charge pembeli di sana, berarti saya telah rugi sebanyak RM20 untuk setiap kiriman kerana saya juga harus membayar RM10 untuk mengambil wang saudara /saudari. Padahal, sehelai baju untungnya cuma RM8, dan sekiranya dia membeli 2 helai, untungnya adalah RM16, padahal saya rugi RM20. Jika anda ikhlas membeli, saya tidak ragu untuk membantu anda dan memberikan harga yang seharusnya. Mohon perhatian.


Klik Sini Untuk Mengetahui Tarif Kiriman

Klik Sini Untuk Mengetahui Currency Paling Tepat Setiap Hari

Klik Sini Untuk Mengetahui Cara Menggunakan Western Union

Proses yang paling mudah adalah melalui



Noted:

1. Pembelian adalah secara beli putus dan tidak boleh ditukar ganti. Tetapi, saya menjamin kualiti kiriman saya kerana sebelum mengirim parcel kepada anda, saya akan memeriksa dengan teliti setiap barang walaupun anda membeli dalam jumlah atau kuantiti yang banyak.
2. Charge Western Union akan ditanggung oleh saya sendiri dan jumlahnya akan dimasukkan ke dalam quote harga yang diterima pembeli. <Mulai tanggal 26 June 2008, Khamis>
3. Kiriman akan sampai dalam masa 3 hari dari tarikh dikirim tetapi saya tidak bertanggungjawab sekiranya kiriman anda sampai lebih dari 4 hari. Pembeli boleh menggunakan track no yang diberikan untuk mengetahui status parcel masing-masing.
4. Sekiranya terdapat barang atau kiriman lain di dalam parcel anda,(t-shirt, dompet batik,baju tidur,baju anak-anak, jilbab) itu adalah sebahagian tanda terima kasih dari bajucantik kerana anda telah membeli secara banyak dari saya.
5. Saya amat berterima kasih sekiranya pembeli mengirim wang secara jujur dan tidak menggunakan helah Currency USD jatuh atau turun (sekiranya jumlah wang yang saya terima tidak seperti quote harga)
6. Saya amat berterima kasih sekiranya anda menjadi pembeli yang jujur dan sesungguhnya hanya Tuhan yang bisa membalasnya.

Terima Kasih

sudah di email masa tu gak Fri 4-Jul-2008 06:29
Posted by:bu wina lebihciuman@yahoo.com  - [Link]
Akak dah transfer ongkosnya. check email k. Fri 4-Jul-2008 08:11
Posted by:deana
baek~~soda terlambat tadi pukul 3 bank dah tutup counter, its ok isnin sy check,minggu dpn sy kirim,,,ok Fri 4-Jul-2008 09:24
Posted by:bu wina lebihciuman@yahoo.com  - [Link]
View all 37 comments Add comment


Saturday, 5-Jul-2008 08:42 Email | Share | | Bookmark
Batik Parang Rusak

Iklan sikit. Lagipun rumah sepi, husband training lusa baru balik. So, ada time posting hal-hal atau pengalaman selama disini especially tentang bahan/fabrik. Kali ni nak tulis tentang batik. Ramai yang msg,”ada jual kain batik lepas?” tak kurang juga ada yang tanya,”kain batik jawa ada tak?” Ok secara jujur, saya bukan pandai pun tentang kain batik Indonesia, tapi disebabkan selalu sangat bercakap dengan peniaga kain di sini, so tahu la sikit-sikit kot. Nak kata pandai tu memang tak. Jujur saya katakan, yang paling pandai tentang kain batik adalah orang jawa. Maklum, suami saya bukan jawa tapi Betawi. Kalau di tv kita ada tengok drama sinetron yang slang di hujung di tambah E...contohnya..”Iyee Pak”..”Emang kenape?” That is Betawi. Betawi kata suami saya adalah orang asli dan jati Jakarta. *Kalau salah tolong betulkan.
Berbalik cerita kain, saya jadi ingat masa kecik-kecik dulu. Dan setiap kali saya tengok kain Batik Parang, saya jadi ingat Emak. Saya berasal dari keluarga miskin. Bagi saya sangat miskin. Emak cuma ambil upah menanam padi. Rumah beratap daun nipah, berdapur kayu, makan nasi pun dengan garam dan minyak goreng. Umur 7 tahun baru saya kenal apa namanya elektrik, lampu pedaflor, tv. 
Yes, kain batik paranglah yang jadi selimut saya masa kecik-kecik dulu. Pernah berlindung dengan Emak dalam kain batik parang masa atap bocor,waktu tu rasanya umur 6 tahun, dan maklum kalau hujan ribut atap nipah tak kuat menahan air hujan. Dari dulu saya cuma panggil kain batik, tapi tau jugak ada yang panggil batik parang dan setelah berkahwin dan tinggal di sini baru saya tahu namanya Batik Parang Rusak (motifnya seperti parang tumpul atau dah rosak) (seperti di bawah). Dan rasanya memang dah sebati dengan badan, setiap kali tengok kain batik ni, jadi ingat masa dulu-dulu,ingat ribut, ingat air hujan dalam rumah. Emak oh Emak~~. Sayang Emak..~~



Kalau nak tau lebih lanjut, boleh ke sini : http://www.batikdesigns.org
Di situ ada macam-macam jenis kain batik. Tapi yang saya tengok sekarang ni, kain batik Antik yang warnanya gelap macam coklat tua, kelabu tua, hitam, dan semakin jadi favourite, apalagi sekarang blouse batik mcm cendawan tumbuh lepas hujan

Care to comment?


Wednesday, 2-Jul-2008 15:52 Email | Share | | Bookmark
It's All About Kebaya Kurung

Kebaya model kurung adalah tetap kebaya. Tetapi tidak seperti kebaya yang mempunyai jahitan di tengah baju, kebaya model kurung adalah bersambung tetapi tidaklah lurus. Sekarang terdapat lebih dari 10 jenis model kurung. Ada yang namanya kurung miring kanan, miring belakang, miring depan, miring kiri, model penguin, model kerah sabrina dan bermacam-macam lagi. Belum lagi jenis model kurung yang tajam-tajam di bawah, bulat kanan tajam kiri, bulat depan panjang belakang dan sebagainya. Untuk berkongsi pengalaman dan pendapat, di bawah saya sudah melukis jenis-jenis kebaya jenis kurung yang tersedia di pasaran (tidak di dalam stok saya) Menurut pemerhatian saya, model kurung yang paling sering dipilih adalah miring ke kanan atau kiri. Boleh ke buat survey macam tu?





haihss,,cun2,,,,semua anak comel2.....maknya belum pernah tengok la plak,,sure lagi comel,,putih..heehhehe
coklat tu bahan saja tau,,belum jadi lagi
Fri 4-Jul-2008 06:38
Posted by:bu wina lebihciuman@yahoo.com  - [Link]
ok no pblem,so wina nak bg dkt Liza yg warna apa?tq Fri 4-Jul-2008 09:59
Posted by:liza,penang
kak email harga Sat 5-Jul-2008 04:30
Posted by:azie azie80@gmail.com
View all 7 comments Add comment


Wednesday, 2-Jul-2008 10:28 Email | Share | | Bookmark
First Kebaya Original from Bajucantik (Me!)

Hello, saya kembali (memandangkan banyak pembeli dah lebih tua dari umur saya, so tak bole dah panggil diri sendiri Akak) hehehe.
At last, setelah sebulan menunggu, ini adalah kebaya pertama dari usaha bajucantik sendiri. Kalau kira-kira, kebaya ni adalah dari 3 kedai, means bahan thai silk beli dari kedai lain, sarung sutera beli dari kedai lain, dan motif pun design tempah di kedai lain. Kiranya 3 in 1 la ni. Cuma idea sahaja bukan ori dari saya. Haha!
Jujur ni idea ciplak sebab teringin sangat nak pakai kebaya mahal macam dekat satu butik di tengah Jakarta ni. Sebab dah bosan tengok kebaya sulam-sulam.Tapi warnanya adalah hijau tua. So cari punya cari memang butik tu jer jual, tp bahannya adalah katun. Disebabkan tak puas hati dan air liar meleleh tiap hari teringat kebaya tu, maka saya pun cari supplier beza2 yang bole kasi harga murah dan tempah sendiri dengan tukang bordir. Actually di ujung tangan pun ada design jugak, tapi lupa snap! Aisey besok la yer. Hitung punya hitung, dari kos beli bahan, kos bayar ke tukang bordir tu utk design macam kita nak, harganya pun lebih dari RM100. So kiranya kebaya ni saya tak niat utk kasi orang jual sebab kesian nak letak harga berapa tu? lagipun ni limited dan nak tempah tu ambil masa 2 minggu. Saya dah buat 4 warna lagi, hijau, hitam, baby blue, biru. Tapi on the way. Rasanya mungkin ada di Msia atau di mana2 pun, cuma harga tak macam buat sendiri. But it's worth! Price tak semahal di butik tu yang jual hampir sejuta rupiah! (RM340)

At least design dan motif lurus panjang tu bole buat saya nampak kurus. Maklum badan saya berisi

Ada yang nak request? Price dah bagitau sesiap tu. Hihi




tak jumpa lagipon kain thai silk light purple, yang dah tempah cuma hitam, biru, biru muda dan ijau.... Thu 3-Jul-2008 02:54
Posted by:bu wina lebihciuman@yahoo.com  - [Link]
Hai Wina, ye lah anak Liza semua nampak mcm chinese coz arwah ma Liza chinese....so how about the cokelat tu?tq Fri 4-Jul-2008 03:24
Posted by:liza,penang
yg ni harganya RM144 OR RM100? Sat 5-Jul-2008 04:36
Posted by:azie azie80@gmail.com
View all 4 comments Add comment


Saturday, 28-Jun-2008 10:12 Email | Share | | Bookmark
Mari Borong!

Hello, I'm back!
Di bawah adalah contoh pesanan seperti yang pernah saya offer untuk pembeli di BajuCantik. Sila refer entry Sunday, 22-Jun-2008 08:24, Promosi pertama di Bajucantik. Seperti yang saya janjikan sebelum ini, di bawah adalah motif-motif yang telah saya kirim ke salah seorang customer. Anda boleh mencampur adukkan blouse, busana, gamis/jubah dengan harga yang sama.
Maklum, raya dah nak dekat. Kalau balik kampung boleh bagi ke Maksu, MakNgah, Maklang, adik, kakak, emak Harga tak mahal, kualiti bagus. Saya menjanjikan kualiti bahawa setiap blouse seperti di bawah:
1.Dilapisi dengan inner/dalaman jadi membuat pemakai merasa selesa. Blouse bukan selapis dan nipis seperti yang dijual di tepi jalan.
2.* Harga yang diberikan adalah secara borong. Terdapat dalam pelbagai pilihan dan warna.
3. Boleh campur dengan jubah dan baju satu set seluar.
4. Tersedia adalah S,M,L,XL.

Stok warna yang terang adalah terhad. Maklum ramai yang order request warna terang2

DI BAWAH ADALAH CONTOH YANG TELAH DIKIRIM, BUKAN UNTUK DIJUAL. MOHON MAKLUM



uih kemain..cantik2nye.sabitler tak Ym..Bz wat PeSiapan Baju2 ni ye...Hehehe Sat 28-Jun-2008 16:38
Posted by:Pencinta seni........  - [Link]
ya cik farah, beli la beli la, Mon 30-Jun-2008 01:23
Posted by:bu wina lebihciuman@yahoo.com  - [Link]
kak,
email kat azie harganya ya....
Mon 30-Jun-2008 09:02
Posted by:azie azie80@gmail.com
Add comment


Wednesday, 25-Jun-2008 06:52 Email | Share | | Bookmark
Sold to denafirabeauty.fotopages.com

Denafirabeauty alias Puan Farah dah selalu ambil baju dari saya utk persalinan pengantin. Jangan terkejut pulak kalau tiba-tiba ada design dan kebaya yang belum pernah saya upload di sini. Sebenarnya deal dengan si Farah ni sangat senang. Dia cuma bagitau warna yang dia nak, dan jugak size XL utk setiap kebaya dan bagitau budget yang dia ada. Misal untuk 5 helai kebaya di bawah, budget Puan Farah adalah dari RM340 atau 1juta Rupiah. Dan sesuai dengan permintaanya, Puan Farah dapat 5 helai kebaya modern untuk pengantin dengan harga yang diminta.

Wah macam karangan Bahasa Melayu )










hahahahha,sori la mamafifi,,,penang la plak Fri 27-Jun-2008 01:41
Posted by:bu wina lebihciuman@yahoo.com  - [Link]
ni baju utk kahwin kaaa Wed 2-Jul-2008 08:24
Posted by:ija shariza  - [Link]
haishh........... tak kawin pun boleh,,, jadi pengapit pengantin bole,,, kenduri bolee, dinner pun boleh,, pakai malam2 baru orang nampak lip lap lip lap tuu Wed 2-Jul-2008 14:10
Posted by:bu wina lebihciuman@yahoo.com  - [Link]
View all 6 comments Add comment


Sunday, 22-Jun-2008 08:24 Email | Share | | Bookmark
Promosi Pertama di BajuCantik

Halo...
Alhamdulilah dapat banyak sambutan penjualan online. Disebabkan ramai yang beli secara banyak dan mahu jimat duit pos, so akak nak buat offer lagi. Rasanya ramai yang beli dan jual lagi. Syukur alhamdulilah, kita sama-sama dapat untung
So hari ni akak nak buat offer blouse, busana dan jugak gamis (jubah panjang) Ada yang email dan kata baju Arini. Apakah itu? Bolehkan explain sket? Hehehe, rupa-rupanya sana orang panggil baju Arini sebab pelakon sinetron yer?
Ok taknak type panjang, tawaran ni InsyaAllah berlaku sampai bulan puasa dan nak membantu memeriahkan lagi offer, akak buat order campur-campur. Means customer boleh campur gamis/jubah dan jugak blouse. Tapi harga tetap sama. Nak tau detail please email. Cepat sementara stok masih ada!! Sapa tau nak beli banyak utk bagi dekat orang, kan nak dekat bulan puasa


*Pembelian adalah secara beli putus dan tidak boleh ditukar ganti. Kualiti dijamin. Sebelum akak kirim, akak dah check benang putus ke, berlubang ke, manik terkeluar ke, so jangan takut yer selalunya beli secara grosir dari org lain jarang di check satu2 *pengalaman pernah terima baju terkoyak

Bahan terbuat dari cotton, ada inner lagi di dalam, tapi kain tidak jarang. Di tepi kanan dan kiri baju ada zip. Nak tanya atau request motif sulam yang banyak ke, sikit ke, kurang ke, please email yer.

Tengok Contoh Blouse Di Sini (tersedia size XXL)

Klik Sini Untuk Mengetahui Harga Yang Ditawarkan

Tengok Contoh Gamis Di sini (tersedia size XXL)

Contoh Salah Satu Motif (tersedia size XXL)

kak wina! cun la jubah! nak tgk skit kaler pa da? tenkiu... my email: eastzaty@yahoo.com Mon 23-Jun-2008 16:23
Posted by:atiey
atie, how r u? hehehe, jubah di atas ada banyak motif actually, cuma tak sempat nak snap,,nanti yer tunggu gambar,,,,skrg banyak order utk kebaya dulu Wed 25-Jun-2008 11:44
Posted by:bu wina lebihciuman@yahoo.com  - [Link]
okeh! takpa, no worries! igt nak selit ngan kak farah, dia pun order byk plak bj pengantin.. bukan main! hehe.. Thu 26-Jun-2008 04:16
Posted by:atiey
Add comment


Saturday, 21-Jun-2008 03:44 Email | Share | | Bookmark
Iklan sket...

Saje nak selingan dan nak clarify kat orang yang selalu tanya, "akak, kenapa kebaya ni namanya Rossa"
OK Fine. ni citenyer



Rasanya ramai yang tau artis Rossa. Si kecil molek pendek tapi comel. Suara pun bagus.
Ni cerita betul dari tailor yang supply kebaya modern kat akak. Awalnya memang taknak ambik tau. Lantak la nak bagi nama apa pun. Tapi sebab ramai sangat tanya, so akak pun tanya lagi sekali dan confirmkan dengan tailor tu. Ni terjadi antara akak dan tailor tu:

Akak: Mba, aku mau tau aja nih,kan org pada nanya tuh, kenapa kebayanya dinamain Rossa?Apa diambil dari nama penyanyi si Rossa tuh?

Tailor: Ya iyalah,,masa ga tau? coba aja liat vidionya ayat-ayat cinta, kan ada tuh dia make kebaya.

Akak: Masa sich? iya tuh pernah nonton tp ga tau tuh kalo dia make kebaya ky gtu.

Tailor: Yahhh, gmn si Bu. Coba aja liat kalo ga percaya. Bener lhoo ga boong!

Akak : Busett dahhhhh!!!!!!!! Niruuuuu!!


So,akak pun balik dan bukak Youtube. hehehe. Ha ah! Mba tu betul! kalau tak salah ada satu lagi live show pernah tengok kat tv dia pakai kebaya kuning tp cari kat youtube tadi tak jumpe
Mirip dekat design depan dia. Bole check kat sini : http://youtube.com/watch?v=NzKbG0Ny9CE

So bukan akak saja2 reka cerita yer. Yang buat tu salah dia pegi amek design baju yang Rossa pernah pakai.
Ok sok2 kita bukak cerita pasal kebaya MamaMia pulak. Mamamia tu adalah liveshow kat tv, macam American Idol tp antara anak dan mak. Kalu tak salah ada salah sorang peserta pakai baju cemtu.

haloo mama fifi.. kalau rossa pakai sebenarnya warna gold kuning2 sket, cuma corset atau dalamannya warna hitam... tapi yang nampak sama tu sebenarnya designnyer di depan especially dekat dada dan ada "love2" nyer

ada tuh kebaya rossa warna kuning
Sun 22-Jun-2008 07:23
Posted by:bu wina lebihciuman@yahoo.com  - [Link]
sempoii... niiiiii

meh la kat sini selalu : http://ameenameer.fotopages.com/

leh tukar2 otak sket.... untuk booking event PLZZ CALL AMIRUL : 0126744208
Mon 23-Jun-2008 03:56
Posted by:ibu ameen amirul_hammer@yahoo.com  - [Link]
Salam singgah
http://www.qistina-collections.blogspot.com/
Sun 29-Jun-2008 22:27
Posted by:Qistina qistina.collections@gmail.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Wednesday, 18-Jun-2008 10:02 Email | Share | | Bookmark
Nak Jadi Penjual Kebaya?

Anda mencari kebaya yang tinggi kualiti, design baru dan harga yang murah untuk dijual lagi? Sila email ke bajucantik. Harga kebaya tidak akan dipamerkan disini bagi menjaga keamanan bisnes masing-masing. Hehehe. Bagi yang berminat, sila email ke lebihciuman@yahoo.com atau YM secara langsung ke lebihciuman (kalau akak online la yer, kalu tak online mahap le bebanyak) Akak boleh bagi dengan harga yang murah memandangkan harga kebaya di Malaysia melambung tinggi macam harga minyak



Sila Klik Untuk Melihat Motif Kebaya Kudus yang Dijual:

KEBAYA UNGU-bahan katun paris

KEBAYA MERAH-bahan shantung silk

KEBAYA PINK-bahan katun korea

KEBAYA COKLAT-bahan katun paris

Setiap kebaya disertakan kain dan selendang. Kebaya boleh digayakan leher V atau leher bulat. Ukuran kebaya adalah 1.5m x1.5m, begitu juga dengan ukuran kain. Selain itu anda boleh memilih untuk membeli kain sarung biasa atau kain semi sutera yang licin (tapi harga berbeza)

Bagi yang berminat untuk membeli dengan kuantiti sedikit (untuk dipakai) juga dialu-alukan. Akak takde masalah dik!

Update 22 June 2008 - Stok semakin berkurang, bahan shantung silk habis. Tunggu untuk motif dan design baru.


hai kak wina,
minat ngan kebaya pink tuh...cantikk...bape ek sepasang? emel saya yer...
Thu 26-Jun-2008 09:38
Posted by:nida adineey327@yahoo.com
kak wina, check email yer.. Fri 27-Jun-2008 01:10
Posted by:nida adineey327@yahoo.com
brape sepasang jea....colour purple tu
minat lahh..
pls email me
ija_shariza@yahoo.com.my
Wed 2-Jul-2008 08:40
Posted by:ija shariza  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Monday, 16-Jun-2008 05:16 Email | Share | | Bookmark
Best SOLD




Update 16 June 20008
Kebaya Cheongsam is out of stok!!!

kami menyediakan perkhidmatan andaman & solekan majlis serta sewaan pakaian & lain2.Jomlah... singgah di http://dfaracollection.fotopages.com Wed 18-Jun-2008 03:28
Posted by:IRA dfaracollection@yahoo.com.my
wow..cantik2 koleksi baju tu.....dah ada baju cantik,marilah dipadankan dgn h/bags dr koleksi saya di http://shoppingisatherapy.blogspot.com Ada 9 west & Liz Claiborne semua harga bawah RM 200. Confirm harga lbh murah dr di KLCC dan Pavillion. Fri 20-Jun-2008 23:15
Posted by:iza  - [Link]
wah Pavilion, macam pernah dengar....tu tempat shopping kat KL eh? penah pegi rasanya tp tak siap lagi,,,herkkkk..bole ke komen cemni?terlalu kampungan rasanya Sat 21-Jun-2008 02:23
Posted by:bu wina lebihciuman@yahoo.com  - [Link]
View all 7 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.