wina's FotoPage

By: ibu wina

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]
Saturday, 23-Aug-2008 12:48 Email | Share | | Bookmark
Proses Meng-Clear-Kan Almari

Tolong baca ni dulu sebelum tanya saya:

1. Yang bertanda * adalah harga atas sahaja sebab kebaya tu tak datang dalam satu set sarung dan selendang, tapi kalau nak satu set selendang saya boleh tambahkan dengan warna yang sesuai

2. Harga boleh adjust tapi tak banyak, hahaha.

3. semua barang adalah stok lama kecuali NEW COLLECTION (blouse muslimah)

4. boleh minta gambar yang jelas dan jugak detail bahan dari saya, dan jugak size

5. barang cuma ada yang di gambar, tidak melayan sebarang pesanan yang special

6. HARGA TIDAK TERMASUK KOS KIRIM, tetapi kalau rasa kos kirim mahal kita boleh adjust untuk kirim pakai air mail biasa.

7. sekian terima kasih

8. Oh yes, please jangan tanya saya lagi "akak jual baju kurung tak?"
jawapannya saya tak jual sebab sini tak ada baju kurung melayu malaysia dah siap.


OUT OF STOK - BD004, BD002, BD008, BD007, BD010









Thursday, 21-Aug-2008 09:42 Email | Share | | Bookmark





Walaupun puasa dah nak dekat, dan kain kebaya dah kurang laku, tetapi saya tetap nak berkongsi berita dengan anda semua tentang sulaman. Mulai sekarang, bajucantik akan menerima tempahan sulaman bagi sesiapa yang berminat untuk memakai kebaya design sendiri. Bagi yang berminat haruslah mengirim file gambar (.jpeg atau .tiff) melalui email. Saya sedia menerima gambar yang dilukis tangan atau komputer, akan tetapi haruslah terang dan jelas dan berukuran besar (agar mudah terlihat detail). Saya dalam proses menyiapkan beberapa design yang bermotifkan rama-rama dan insyaAllah akan diterima oleh tukang sulaman selepas hari raya nanti.

Wah, formal betul ayat akak bajucantik ni
Sape tau kan nanti tengah seronok jalan2 jumpa sedara mara hari raya ni, ada la plak terbekenan sulaman baju orang. Hehehe. Boleh la balik rumah dan lukis bagi dekat saya.

Harga tergantung atas sulaman itu sendiri. Saya kena consult dengan tukang sulam dulu. Tetapi kepada sesiapa yang inginkan kepuasan, saya rasa takde masalah pasal bayar membayar ni, takde la sampai RM300 sepasang kot. tu saya yakin.

Sulaman tak terhad kepada baju kebaya sahaja, anda juga boleh memilih jenis kurung. Sekiranya anda tidak begitu mahir dalam melukis, insyaAllah saya akan membantu. Cukup lukis rough idea, dan nanti saya akan edit sikit-sikit. Yang penting anda harus tahu motif utama sulaman anda. Cukup itu sahaja.

Sebarang pertanyaan, sila email ke : lebihciuman@yahoo.com

Design anda tidak akan dikongsi bersama pembeli yang lain. Saya jamin. So satu kebaya tu ada satu je kat dunia ni



Wednesday, 20-Aug-2008 10:20 Email | Share | | Bookmark
Sorry to Encik Din

Apapun saya memohon ampun dan maaf kepada Encik Din kerana saya masih hold barang nya. Padahal dah bayar last week. Maaf yer. Tak sengaja, bukan apa, barang Encik Din banyak so saya kena masukkan dalam kotak, cari kotak mee segera kat atas semua dah full, ada semua kotak besar2. Nak taknak besok la kot baru pos. Maaf yer Encik Din. Sebagai bukti saya tempekkan gambar barang2 yang Cik Din order. Pernah saya snap selama ni so tak semua saya tempek yer.

Barang Encik Din semua adalah 8 pasang kebaya dah siap dijahit, dan 4 helai blouse, dan sehelai kebaya pengantin untuk isteri tercinta. hehehe.
Ampun seribu ampun, harap bajucantik diampun.

Antara barang Cik Din adalah kebaya 5 benang, kebaya jenis kurus belah tepi, kebaya pendek dengan labuci, kebaya kurung bordir, blouse, dan kebaya kasih pink.




Monday, 18-Aug-2008 12:51 Email | Share | | Bookmark
Blouse Bahan Spandex



Yuhu, halo,
setelah berhari-hari cuti dan menghilang dari kota Jakarta yang kurang saya cinta, maka saya kembali untuk mengkhabarkan apa yang jadi dengan bajucantik. Sori banyak email tak terbalas, maklum Ahad kelmarin (17 Agustus) Indonesia merdeka utk kali ke-63. Tak lambat kita la pulak yer?
Sejak dua menjak ni sibuk dengan blouse dari Surabaya. Yes, barang yang saya ambil ni datang dari sana. Bahan terbuat dari Spandex Korea, sedap jer kena kulit dan dijual dengan tudung. Free size tapi untuk orang berbadan besar bagi saya tak ada masalah. Setakat ni saya jual untuk orang Indonesia sahaja, tu pun dekat sedara mara yang dekat, belum lagi terniat nak jual ke Malaysia. Awalnya kakak saya yang di Penang la mintak blouse-blouse untuk orang berumur ni, katanya nak jual di tempat kerja. Dan Alhamdulillah kalau dkt sini agak laku. So untuk akak-akak yang berminat boleh jugak, tapi saya tak layan pesanan kurang dari 3 yer sebab saya jual dengan harga paling rendah RM45 (satu set)

Sila Klik URL di bawah:
Model dengan berat 56kg, tinggi 167cm. So boleh agak yer labuh baju tu macam mana, sebab blouse ni comes with 2 types. Heheh cakap omputih.
Akak-akak boleh pilih model jubah (panjang) atau pendek (biasa tapi tutup punggung)
Corak banyak, ada abstract, ada bunga2 kecil, bunga besar, kotak2, bulat2, dah macam2 la,,warna pun banyak.
kalau di gambar tu ada 3 contoh jer, kalau ada permintaan baru la saya rajin nak snap satu2 yer

KLIK SINI UNTUK MELIHAT



*tengah menyampah dengan supplier kebaya, maklum nak dekat raya supplier sombong2 semua, dah abis raya nanti diorang datang ler offer barang



Thursday, 14-Aug-2008 07:51 Email | Share | | Bookmark
BajuCantik nak buat lelongan

Halu,

Disebabkan lemari agak penuh, saya nak buat jualan secara ambil modal. Alkisah gambar di bawah adalah sisa kebaya yang tak laku hasil dari usaha saya untuk jual dekat kawan yang nak graduation. Memandangkan dia hanya ambil 1, padahal saya beli 3,maka kebaya ni pun tersimpan la dalam lemari jualan saya tu tak terusik. Kalau ada yang tak puas hati dengan harga, boleh search di google, type kebaya organdi, nanti keluar la bermacam jenis yer,,harga pun menarik,dalam 200ribu - 550ribu lebih.. kalau fashion macam di bawah, terus terang saya beli kebaya organdi ni Rp200ribu, Pandai2 la korang bahagi 2500 yer,,
Bahan kebaya ni organdi/organza ni siap dengan camisole, bahasa melayunya apa eh? tank top bahasa omputih kan? korset? dalaman? hahaha,dah tu kalau yang bertudung nak pakai kena ler pandai2 beli sendiri baju kat dalam tu...

Dekat internet banyak kebaya organdi yang harganya 300ribu - 500ribu, paling mahal saya pernah beli 450ribu untuk atas sahaja. Kalau berminat please email yer.

Cemana nak pakai? Kalau akak bajucantik korang ni pakai dengan seluar ler kalo pegi kenduri. Macam hitam tu match dengan seluar hitam la kan, kuning tu match dengan seluar panjang putih, eh tapi ikut suka la citarasa memasin yer tak? Hihihi.




nak tau detail email la yer, nak paste sini panjang la plak


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net