wina's FotoPage

By: ibu wina

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  >  >>]    [Archive]
Thursday, 24-Jul-2008 14:13 Email | Share | | Bookmark
Kain Kurung Modern

Saya dah lama simpan stok ni, selalunya buat jual offline, tapi rasanya share jer la kot dkt sini, bole jugak org laen jamu mata, stok di bawah ada yang dah habis, ada yang belum.Bagi yang berminat utk jual lagi, amatlah dialu-alukan. Saya menjual satu set dengan kain sarung dan selendang, Dan seperti biasa, anda boleh memilih padanan semi sutera atau bahan sarung biasa. Tapi kalau sutera tu mahal la skit yer



Bagi menjawab soalan yang sering menerjah email saya (macam abang naz melodi kan?) hehehe, ok ni contoh soalan yang sama:

Akak, apakabar?Mandi dah? Saya agak tak paham la kain laba-laba/spider ni, kerawang ke,sulam ke,motif sarang ke ape?
Baik, sehat. Baru abis mandi. Air sejuk betul. Ok. Kain ni dinamakan macam tu sebab jarang, macam sarang labah-labah ler kiranya. Bukan motifnya, kalau motif bunganya ada macam-macam.


Kurung jer ke? Kebaya ada tak?

Kurung ada, kebaya ada. Kadang satu design tu ada kebaya dan kurung, bezanya kebaya belah ditengah, kurung lurus jer tapi kalau dah jadi baju tetap dua-duanya ikut bentuk badan. Nama pun kurung modern yer tak

Ala Kak, sulam biasa jer ke? ada beads dan sequin?
Yes yes, labuci dan manik tabur kan maksud adik? (ecewah adik!) So kesannya mewah, ada jugak dkt sini yang pakai buat nikah,,


Kak, saya pakai tudung la! Macam mana nak pakai kalau jarang-jarang ni?Tapi cantek, ala macam mana ni?

Aha! Ni semua tergantung atas individu tu sendiri, saya jual bahan jer, kalau yang bertudung tu pandai-pandai la buat inner atau cari baju inner/manset *macam dlm gambar, dan akak dah cilok satu gambar orang kahwin di internet, itu adalah contoh kurung yang selalu digayakan sewaktu nikah, dan dalamnya adalah manset.



*Gambar di atas hanyalah idea atau contoh cara padanan kebaya kurung yang digayakan oleh pasangan pengantin Indonesia. Cara berpakaian adalah tergantung pada selera masing-masing.

Terima Kasih



Wednesday, 23-Jul-2008 12:38 Email | Share | | Bookmark
Upload Blouse

Gambar di bawah adalah contoh kiriman blouse yang dah dikirim ke Jambi, Indonesia dan ke Kuala Kangsar, Perak. Kalau kali ni requestnya nak blouse yang ada sulaman di tangan dan bawah baju, tapi masalahnya tak ada inner la pulak antara semua2 tu. Its ok asalkan dah menepati selera pembeli sorang tu. Dan yang penting katanya harga tetap sama. Hihihi. Tapi sekarang ni memang banyak blouse yang campur sulaman tasik means di bahagian tangan ada kerawang2 halus.Jangan risau, harga tetap sama. Saya sengaja letak satu blouse panjang yang selalu saya posting selama ni. Just nak bezakan labuhnya antara blouse biasa tu. Terima Kasih



Tuesday, 22-Jul-2008 08:08 Email | Share | | Bookmark
........



saja letak, rasa mcm tak jual kot, sebab dah tanya tadi pagi, kalau ambil sekodi mahal sangat, hampir 4 juta. tp kalau ada yang nak its ok. boleh discuss di email

thanks


Monday, 21-Jul-2008 05:17 Email | Share | | Bookmark
Kain Lagi

Halo, Kembali.
Tadi pagi sempat kirim barang ke Pahang, dan kemaren sebelum bungkus sempat la snap-snap kain dia tu. Katanya dia nak buat baju kurung, dah lama cari jenis yang macam ni dgn harga murah. Sebenarnya kain ni ada banyak warna, ada yang atasnya hitam dan kain hijau, atas baby blue bunga pink, ada atas pink bunga biru dan macam-macam. Saya just letak kat sini kot ada yang nak minta barang yang sama saper tau kan.

Bahan kain ni kata supplier tu Natali (maaf kalau salah eja), dia jenis kain yang tebal dan licin, tidak mudah kedut. Saya tambah, agak gebu, sedap kalau pegang. Testimonial dari Mak Mentua yang pernah buat blouse ni, dia kata bahan ni tak panas, dan tak payah buat inner kat dalam (sebab tak jarang)

Di bahagian tangan ada sulaman lagi, tolong click url di bawah yer. Warna yang tersedia semua sweet2 jer,,,apalagi baby blue dipadankan dengan pink. Halahhh~~~

Kalau di sini selalunya buat blouse labuh dan seluar. Rasanya boleh kot yer kalau buat baju kurung? Ntah, saya tak pernah la pulak try buat baju kurung. Tapi rasanya kalau yang badan besar tu kena pikir 2x kot sebab kain ni tak sampai 2 meter. Harga sepasang adalah RM75. Berani letak harga sebab tak ada org nak beli dan jual



Klik Untuk Melihat Sulaman di Bahagian Tangan

Detail Sulaman

Contoh Warna Hijau & Oren

Bunga Merah Bata

Contoh Warna Putih Hijau


Contoh Sulaman




Friday, 18-Jul-2008 07:27 Email | Share | | Bookmark
Kebaya Dah Siap, Nak jual Lagi pun bole tp price kita cerita di



Di atas adalah kebaya dah siap, boleh kalau beli kebaya sahaja, atau boleh jugak satu set dengan kain sarung, saya sengaja tak display sekali dengan kain sarung sebab taknak bagi org confuse pulak. Kain sarung adalah yang biasa saya jual, dan dah siap jugak yer. Saya pernah buat entry sebelum ni untuk jual bahan cutton, tetapi saya sendiri agak kurang berkenan dengan design dari bahan cutton tu. Bahan di atas adalah jenis taffeta, tetapi nipis dan tidak jarang. Alasan kenapa saya tak ambil cutton tu adalah sebab kancing baju tu adalah jenis biasa, bukan bulat macam di atas. Kalau yang di gambar kan lebih kemas.

Kalau ada yang berniat jual lagi saya siap melayani.

Kita cerita harga di email la yer.


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net